Tuesday 20 November 2007






Semalam,isteri kepada seorang senior baru shj melahirkan anak kedua mereka.comel sggh baby2 di dalam bilik kaca tu.tahniah utk abg yus,k yati dan muzammil.
kebetulan pula wkt ym tadik ngan abg aku dia sibuk nak bg video anak2 dia. tp malang sekali aku x reti nak pusingkan video2 ni. nasib la.setelah melihat video2 ni baru aku tau kenapa anak laki dia tu kalo nmpk org bersenang lenang beristirehat akan dtg pijak perut.kecik2 lg dh diajar suruh memanjat dinding.tp aku lebih suka video kakak dia.cis,dgn berbekalkan tudung aku zaman skolah dulu2 comel sggh aku tgk.manala dia korek tudung skolah tu.ahahaha.
missing them so much.x sbr tggu bln 12.i m coming home!


posted by intan at 16:47

4 comments Photobucket
Monday 19 November 2007

keep looking.keep praying.keep hoping.keep thinking.keep trying.keep betting.keep keeping.keep finding.or keep cleaning?


posted by intan at 02:01

0 comments Photobucket
Friday 16 November 2007

Puisi utk sang puteri
Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membuai rindu santapan kalbu
Asal dapat sentuh bayangmu

Sulaman emas kebaya labuh
Untuk puteri berpadan sungguh
Mabuk kepayang sekelip mata
Jangan hamba dituduh gila

Ingin membina istana dari permata
Malang sekali hamba tak punya apa
Ingin mencoret warkah bertinta emas
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba

Hanya mencoret warkah usang
Untuk melepas kasih dan sayang
Jangan hamba dianggap gila
Niat suci di hati hamba

susunan bahasanya cukup menarik tp mungkin ada yg menganggap ianya terlalu mendodoi.Lain padang lain belalangnya,lain org lain pendapatnya.


posted by intan at 23:49

0 comments Photobucket
Tuesday 13 November 2007

Disebabkan kelopak mata ni begitu cergas sekali malam ni terasala nk update blog ni walaupun tiada apa yg nak dicoret.
aktiviti rutin aku setiap hari selain belajar,mkn dan lain2 lagi antara perkara wajib yg akan dilakukan ialah membaca suratkhabar online.Walaupun bolehla dikatakan aku ni akan membelek setiap bahagian mukasurat tetapi rupa2nya aku masih ketinggalan isu semasa .Sejak akhir2 ni gemar sggh shbt2 ku meletak status mereka dgn perkataan "BERSIH".ku sangkakan kempen ala2 ops sikap.yela sempena deepavali ni mgkn la polis sibuk nak adakan kempen dgn nama ops bersih tetapi jangkaan aku meleset sama sekali.jauh panggang dr api kerana rupa2nya "BERSIH" ni merupakan isu yg menyentuh sensitiviti hak kita sbg seorang rakyat.x perlula aku ulas mengenai isu ini disebabkan aku sendiri kurang berminat nak berbincang di sini.
Sebut tentang polis,dua tiga hari lepas terbaca la tentang siti nurhaliza membicarakan tentang hidupnya sbg seorang anak polis.wahwah,rupanya hidup siti nurhaliza di zaman kecil saling x tumpah spt kehidupan zaman kanak2 aku.ahaha.tapi bila difikirkan semula secara logik nya mmg lebih kurang jela sbb aku pun dibesarkan di berek polis yg bezanya cuma bapak aku polis merin.dan perbezaannya ialah polis merin jaga kat laut polis biasa jaga kt atas tanah.seperti juga polis biasa, polis merin turut memegang senjata . akan tetapi mereka turut berpeluang memegang tali pancing . polis merin ni xla sesibuk polis biasa sbb penjenayah kat laut ni kurang.oleh itu,selain dr meronda di laut guna bot,bg mereka yg berminat aktvt memancing akan mengisi masa lapang mereka dgn mengail.tp xla sakan sngt sbb mereka ni masih on duty. camna pun,seingat aku bapak aku jarang sekali memegang sebarang senjata mahupon tali pancing disebabkan dia cuma pegang spanar disebabkan tugasnya sbg mekanik kapal x memerlukan dia meronda spt sahabat2 dia yg lain.
menarik jugala zaman kecik2 dulu.segala jenis permainan telah aku cuba spt jengket,galah panjang,lompat getah,layang2,rounders mahupon gasing (dek terpengaruh ngan abang2 yg seringkali membuli x kira masa) selain dr itu permainan moden yg gemilang pd masa itu ialah lego,roller blade,roller skate ,sahiba dan x lupa juga cyberpet.cyberpet tu x pernah ada sebenarnya tgk org punya je.hehe.
jauh berbeza sungguh hidup bdk2 zaman sekarang yg rasanya dah x kenal lg permainan2 tradisional.yg sekarang ni sibuk main play station,keta control ,computer game dan pelbagai jenis permainan canggih.bermain permainan yg tidak memerlukan interaksi dgn org lain.di zaman yg semakin moden ini walaupun segala kemajuan ini patut dibanggakan tetapi tanpa kita sedar ia sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan nilai2 hidup sesama kita.


posted by intan at 01:02

4 comments Photobucket
Sunday 4 November 2007

kata seorang sahabat" perempuan punya 9 emosi dan 1 akal tp sebaliknya bg lelaki yg punya 9 akal dan 1 emosi". jarang sekali memikirkan pernyataan ini tp jelasnya hari ni aku mengakuinya. betapa akal seorang perempuan itu dibelenggu oleh emosi.emosi yg harus dikawal dgn sebaiknya supaya setiap tindakan bukan setakat mengikut logik akal dan perasaan semata tapi harus mengimbangi pandangan setiap pihak .menyedarkan aku supaya tidak membuat kesilapan yg tidak sepatutnya dilakukan.aku belajar sesuatu .sesuatu yg diharap dpt diingati bkn setakat hari ini tp harus diingat sepanjang masa kerana sesungguhnya manusia itu mudah lupa ataupun sengaja membiarkan dirinya terlupa.


posted by intan at 22:05

0 comments Photobucket
Thursday 1 November 2007

today,i have nothing to say. nothing and speechless.just waiting for d rite time to come and i will forget all about it.hopefully.


posted by intan at 23:48

1 comments Photobucket
profile



wishlist



links



tagboard



Photopages



friends



favourite