Sunday 31 August 2008

Selamat Hari Merdeka & Selamat berpuasa
buat semua..
Diharap ramadhan terakhir di jepun ini diberkati dan lebih bermakna.
11 days to go!hehe..


posted by intan at 19:59

0 comments Photobucket
Thursday 21 August 2008

buat pertama kalinya setelah hampir berada di ambang kepulangan ke malaysia, aku bejaya membaitokan diri yakni bekerja sampingan.niat asalnya mmgla ingin mendapatkan wang tambahan , tetapi disebabkan oleh kesukaran mendapatkan kerja aku telah membatalkan hasrat itu sehinggalah x semena2 org ofis menawarkan kerja utk mengajar bahasa inggeris kpd kanak2 seawal umur 5 tahun hingga 12 tahun.
dengan berbekalkan otak yg berkarat dek sekian lama tidak menuturkan bahasa internasional itu, aku memberanikan diri utk menerima tawaran tersebut.dan setelah beberapa kali bekerja, ternyata ianya tidaklah semudah yg disangka tetapi apa yg boleh dikatakan mengajar kanak2 sebenarnya agak menarik.sememangnya mereka sukar dikawal terutamanya yg lelaki suka berlari ke sana ke sini berbanding perempuan yg lebih suka duduk berkumpul sambil bercerita gosip2 terkini.
walaubagaimanapun,setelah diperhatikan anak2 jepun ini sebenarnya agak mendengar kata jika nak dibandingkan dgn anak2 melayu.sudah cukup dgn satu atau dua kali larangan.menurut seorang rakan asing," anak2 jepun ni macam robot,sumbat dan sumbat je...nnt dia ikutla."
dari kecik lagi dah menepati masa,menghabiskan bekal makanan yg dibawa dan sentiasa mengemaskan kembali brng2 yg dah digunakan tanpa disuruh...mmm..difikirkan bagus juga kalo anak aku nanti begini..x semak rumah nanti..
antara pengalaman yg lain ialah apabila ditanya oleh mereka kenapa perlunya bertudung.belum sempat jawapan diberikan,mereka terlebih dahulu memberi tekaan."mesti rambut kotor dan busuk ni..","mesti xder rambut kan.."buruk sggh sangkaan mereka.xperla,kanak2 kurang memahami.
apa yg dapat disimpulkan setelah memulakan pekerjaan ini ialah aku semakin menyukainya.
mungkinkah aku akan menukar bidang pekerjaan selepas ini?hehe..tengokla dulu sejauh mana mampu bertahan....


posted by intan at 01:00

5 comments Photobucket
Tuesday 5 August 2008

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ,

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada."

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Hargaila insan di sekeliling anda tidak kira ahli keluarga mahupun sahabat handai. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan kita ke arah kejayaan. Mereka juga yang sudi untuk mendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Ingatla manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan sentiasa bersedia utk memberi kemaafan kerana mungkin tanpa kita sedar kita sendiri turut melakukannya.



posted by intan at 23:48

3 comments Photobucket
profile



wishlist



links



tagboard



Photopages



friends



favourite