Tuesday, 11 December 2007
Seseorang telah bertanya padaku tentang satu situasi pertama ini tp telah diolah sedikit jalan ceritanya.
situasi pertama:
Satu hari sewaktu berjalan-jalan tanpa tujuan di sebuah pusat membeli-belah dgn tanpa tidak sengaja termasukla sebuah kedai pakaian.Maka terjumpala sehelai baju yg cantik dan berkenan lalu tanpa melengahkan masa kita pun membayarnya.Selepas itu,kita pun meneruskan aktiviti window shopping dengan berjalan ke tingkat atas pula.Dan kali ini terlihat sehelai lg baju yg lebih cantik dan murah harganya.Apa lagi kita pun berasa begitu ralat disebabkan telah terlebih dahulu membeli yg sebelum itu.Adakah kita terlalu terburu-buru bermakna mgkn dr awal kita sepatutnya berjalan2 lg?Atau x salah membeli sehelai lg?Atau kita sepatutnya telah berpuas hati dgn yg pertama?
situasi kedua:
Bagaimana pula kalau ada dua helai baju yg sama coraknya sehelai berwarna biru dan sehelai lagi bewarna ungu dan kita menyukai keduanya.Apa yg kita patut lakukan?
Sebenarnya apa sahaja pilihan terletak dalam tangan kita.Bagaimana kita dapat menilai sesuatu itu lebih baik dari selainnya jika kita tidak bertemu dgn yg kurang baik darinya.Kadangkala juga apa yg kita rasa terbaik itu tidak bg pandangan yg lain.Sememangnya manusia mudah keliru dgn keputusannya sendiri serta takut membuat pilihan. pastinya, aku begitu jua...
posted by intan at 17:27
3 comments
