Wednesday 30 July 2008

acapkali benar telefon genggamku berbunyi di kala tengahari x kirala sama ada di lab yg kurang bgs coveragenya itu ataupun setelah berjaya menjejakkan kaki di rumah.x perlu dilihat lg nama yg terpapar kerna sudah diketahui x lain x bukan nashrah hani yg menelefon utk mengadu domba perihal nasibnya dibentak sensei atau dibuli m syuwairi.dan kadangkala panggilan itu juga diserikan oleh seorang warga osaka . dan atas pertanyaan mereka jugala blog ni diupdate hari ni walopon tiada cerita menarik utk dikongsi....



ini beliau bersama gelas aiskrimnya

hari ni x seperti kebiasaannya yg mana masa yg biasa diperuntukkan di lab , dihabiskan di rumah sahaja.dan kini aku x tau hendak berbuat apa lg.hendak menonton tiada cerita menarik, nak keluar mengambil angin panas pula.hendak memasak di kala ptg ni cam x best.hendak belajar lg la malas.nak tido dah berlebihan.nak tulih blog pon xder idea.
andaikata aku berada di rumah di malaysia mgkn agak menarik di mana sekarang ni musim buah.dapat dibayangkan pokok rambutan kemerah-merahan di belakang rumah.dapat durian pon sodap ni.tapi xper 2,3 hari lepas kelibat beberapa biji durian dapat dilihat di fressey supermarket kegemaran warga kiryu yg dijual dgn hrga 980 yen sebijik.menurut seorang sempai yg telah membelinya buah tu agak muda maka lebih baik biarkan buah tu diperam beberapa hari di situ dahulu sehingga masa yang bersesuaian kerna aku yakin warga jepun xkan membelinya malahan menghampirinya sekalipun.


posted by intan at 14:21

0 comments Photobucket
Tuesday 15 July 2008

recently, my laptop even the mouse had become crazy and not functioning well. Oh,hoping for the new one coming down from the sky.... But,since i m in a happy mood and have no money, i m just thinking about ignoring it..hehehe..


posted by intan at 23:48

1 comments Photobucket
Thursday 3 July 2008

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.
Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.
Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.
Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.
Apabila kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan, bukan bererti bahawa kita tidak mendapatkan segala yang kita inginkan .Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.



posted by intan at 13:46

3 comments Photobucket
Tuesday 1 July 2008

hasil bantuan saudari hazirah akhirnya blog ini berjaya mendapat wajah baru.terima kasih kerana sudi membantu sahabat anda yg buta teknologi ni..hehe..lepas ni dah boleh tukar background tiap2 mggu.walaupun ada pihak mengatakan ianya senget sebelah tetapi setelah diselediki sebenarnya ia adalah sejenis style.ia dinamakan"left column" yg perekanya sengaja memadatkannya ke kiri blog.diharap dgn wajah baru blog ini mampu membangkitkan semangat utk menulis semula.


posted by intan at 21:42

1 comments Photobucket
profile



wishlist



links



tagboard



Photopages



friends



favourite